Pages

Wednesday, November 03, 2010

Sembang


Set : Warong Pak Kempet, Kampung Cinta Kepayang.
(soundtrack : Senandung Malam - J Mizan)

"Aku marah ni!" tegas Man Kelubi kepada Jalak Lenteng. Bergegar meja di tepuk. 

Pasrah Jalak Lenteng. Telur separuh masak yang baru di pesan nya tadi, telah tercampur dengan kopi pekat dek kerana jatuh di tepuk.

"Kau nak marah marah lah. Telur aku tu ganti nanti......"

"Bila masa aku amik telur kau? Tak kuasa aku. Cukup lah ada dua biji ni ha. Buat apa nak ada lebih lebih?"

"Eh loyar buruk pulak kau? Ha ape kau marah sangat ni?" balas Jalak Lenteng sambil menghirup baki telur separuh masak yang tinggal.

"Macam ni. Aku sakit hati."

"Pasal Seman Junaidi?"

"Siapa Seman Junaidi?"

"Entah aku main sebut je nama. Kau kenal?"

"Tak."

"Ok. Sambung balik."

"Ok. Aku marah kat Saleh hujung kampung tu. Lama dah aku sabar. Kau bukan tak tahu, aku kan dari dulu minat si Melor tu."

Melor : Gadis kampung. Kerap berbaju kebaya. Suka lalu di depan simpang besar kampung sambil membawa bakul dan payung. Betis bunting padi. Kerap di marah ibunya kerna selalu mencuri bakul dan payung di rumah di buat bawa berjalan, bukan untuk pergi ke kedai membeli barang dapur. 

"Apa kena mengena dengan Saleh?" ujar Jalak Lenteng

Saleh : Belia kampung. Anak Penghulu. Selalu memakai baju kemeja kolar angkat. Berseluar fit punggung sedut, dan kerap mengunyah pencucuk sate. Selalu terlupa menutup zip seluar. Pernah di masukkan ke hospital kerana tertelan pencucuk sate dan tembus di usus kiri. Parut di perut menjadi modal beliau mengorat anak dara kampung.

"Depan depan aku dia mengorat Melor! Masa tu aku tengah main gitar dekat tali air berdekatan simpang besar tu. Aku nampak Melor. Aku kasi bantai lagu Ahmad Jais - Kucupan Nikmat. Melor buat tak layan je."

"Memang la tak layan. Orang layan Bruno Mars la baru hebat"

"Siapa Bruno Mars?"

"Kau tak kenal? Aku pun tak. Pernah nampak nama dia kat buku Remaja adik aku punya. Ok sambung."

"Sekali Saleh tu lalu naik motor, tiba tiba je Melor tu terpeleot tepi jalan. Masa aku main gitar tadi untuk dia, bukan main laju lagi dia jalan. Depan Saleh, lembik, manja, gedik. Apa la sangat Saleh tu banding dengan aku??"

Man Kelubi : Tidak berkerja. Dibuang bersekolah semasa Tingkatan Satu kerana tersilap mengintai Pengetua Sekolah di tandas, dan bukan guru ganti yang baru masuk mengajar Pendidikan Seni. Jenama baju faveret - Pagoda Men's Apparel. Jenama seluar faveret - Timbandel. Cita cita - Pengacara Akademi Fantasia

"Aihh....tak habis habis cerita sama je kau ni. Hari hari aku dengar kau asyik tak puas hati. Hari hari jugak lah aku punya telur separuh masak tambah perasa kopi."

"Haih, kau tak tau aku punya marah ni macam mana! Kalau lah sampai masa, nak je aku cakap depan depan muka Saleh tu. Semua benda aku nak cakap! Zip seluar dah la tak penah tutup! Ada hati nak mengorat Melor! Dia ingat dia siapa. Kalau dia nak bertumbuk, aku takda hal lah! Hati aku dah panas sangat ni! Aku ni kalau cakap, pedih dia karang! Berbisa mulut aku ni! Haih. Setan punya Saleh!" tempik Man Kelubi.

"Errrr......." Jalak Lenteng terdiam sebentar.

"Kecik besar kecik besar je Saleh tu aku tengok!"

"Errrr..."

"Aku tumbuk, berderai je karang. Aku gangster tau! Aku tengok diri sendiri kat cermin pun aku jadi takut. Inikan pulak Saleh tu!"






"Ha kenapa dengan aku?" ujar Saleh menyapa dari belakang.

"Eh..errrr...Saleh. Em tak da apa apa. Kau ape khabar?" Man Kelubi bertanya.

"Baik."

"Baguslah."

"Minum teh kosong je Man? Pergi la order roti kosong satu, aku belanja."

"Ok Saleh. Emm Saleh, zip tu........"

"Oh! Terima kasih Man!"

"Sama sama Saleh."






"Em..kita sembang pasal apa tadi Man?" tanya Jalak

"Entah. Pasal Pak Imam punya anak masuk Gadis Melayu kan?" jawab Man sambil mengesat peluh di dahi.






-END-









0yang hensem juga cantik:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails