Sekarang musim exam. Jadi sebagai student, kenelah study. Takkan main boling kot! Takkan karaoke kot! Takkan tengok wayang kot!
Oke. Tiga kali aku menipu dekat ayat diatas. Tiga ayat terakhir.
Tapi ofkos lah. kenelah study. Dan cara mesti betul. Cara study ni ada macam macam. Dia ikut orang. Kalau melalui research research, ada 3 jenis student. Visual, Auditory, dan Kinesis. Visual, banyak melihat. Auditory, suka mendengar. Kinesis, suka praktikaliti.
Kalau Visual, pelajar tu suka tengok slide dan cepat mengantuk kalau lecturer bercakap semata mata.
Kalau Auditori, pelajar tu suka mendengar dari melihat slide.
Kalau Kinesis, pelajar tu suka aktiviti dalam kelas yang membolehkan dia bergerak gerak.
Tapi di sebut dari awal lagi, tak kira jenis jenis student, cara belajar sebenar yang di tekan kan adalah lebih kurang sama. Secara umumnya semua orang tau.
1. Gunakan masa awal pagi - gunakan sepenuhnya masa awal pagi untuk mengulangkaji pelajaran yang anda lemah.
2. Buat note ringkas - untuk merujuk kembali apa yang telah dibaca.Ulangkaji sehari sebelum peperiksaan menjadi lebih mudah.
3. Buat past sem - untuk biasakn diri dengan corak soalan.
4. Ulang sebanyak yang boleh - semakin banyak ulangan,semakin tinggi keyakinan untuk berjaya
5. Beri tumpuan pada pelajaran yang lemah - peruntukkan masa yang lebih dengan subjek yang lemah.
6. Belajar ikut rentak sendiri - belajar ikut rentak sendiri dan jangan ikut cara orang sebab lain orang lain cara.
7. Study group - stdy group boleh membantu bila tak paham tapi jangan lebih dari 4 sebab bukan study tapi berborak.
Baidewei aku pelajar Visual. Lecture di kampus aku, ada yang menggunakan slide. Lecturer banyak yang mempunyai kebolehan melontarkan suara dengan bagus di depan kelas. Banyak aktiviti di jalankan di dalam kelas.
Tapi aku masih lagi tidur di dalam kelas.
--------------------
Oleh kerana itu, lagi 3 hari exam dah nak start, baru aku menggelabah nak baca itu ini. Dan aku terpaksa meminta seorang rakan mengajar aku secara cramming di waktu last minute. Rakan aku, seorang yang sangat rajin study. Siang di library, malam di Mc Donald. Dan di Mc Donald, beliau berteman. Dengan buah hati.
Baidewei, aku bukan lah seorang yang pandai dalam bab mengira. Sampai sekarang aku cukup teruja bila ada situasi macam ni :
Nasi dengan air RM 5.20. Aku bayar RM 10. Akak kedai tomyam mintak 20 sen, lalu memulangkan sekeping RM 5.00. Stail doh dia buat gitu! Aku...aku pun tak tau kenapa aku cukup suka.
Subjek yang aku nak jawab ni, subjek kira kira. Aku sekadar nak tengok macam mana jalan kira, jadi aku berguru dengan rakan aku sepetang suntuk. Dia cakap, aku salin step. Dia kira kira, aku salin apa yang kena kira. Dia suruh aku kira, aku tolak, sebab aku malas mengira.
Bila dah habis, dan tinggal teori teori sahaja yang perlu dibaca, aku meminta diri untuk pulang. Aku saja bertanya kepada rakan aku.
"Tak study kat McD dengan ehem ehem ke malam ni?
"Haha bodo. Tak. Aku teori ni tak boleh la study kat McD, kira kira boleh lah. Bukan apa. Teori, kalau dekat McD, tak masuk otak. Orang lalu lalang, bising, sesak. Dengan bunyi muzik lagi. Lagipun, lagi selesa baca teori kat rumah."
"Betul gak tu. Ok bye."
--------------------
Selang dua hari, selepas paper tersebut berjaya aku harung dengan susah payah. 3 jam masa diberi, aku guna setengah jam sahaja. Lagi 2 jam setengah aku korek hidung. Sangat ciri ciri pelajar cemerlang bukan?
Paper seterusnya, fully teori. Tiada satu pun kira kira. Jadi aku bersenang lenang sedikit. Sempat melantak chicken chop sebelah Bayview. Sewaktu makan di sana, aku menelefon rakan aku tadi, ingin menanyakan tentang sesuatu. Habis bertanya, aku saja mengutarakan soalan.
"Kau kat mana? Tak study ke Strategic Management?"
"Tengah study la ni."
"Awat bising benar aku dengar?"
"Oh. Aku tengah study dekat McD. Dengan _______ (nama buah hati) "
Aku senyum. Dan mematikan talian.
Jadi di sini, aku nak tambah lagi tips kepada tips yang aku kasi kat atas tadi.
8. Pastikan 'pemangkin' ada - dengan ada nya 'pemangkin', tak kira bising, sesak, semak dan rimas mana keadaan tempat, hati pasti fokus. Pasti!
.
8yang hensem juga cantik:
Post a Comment
saya kena carik dorongan secepat mungkin...
post ini benar-benar meningkatkan semangat saya...
terima kasih...
kita golongan tertindas bu. tsk tsk tsk
apakah mereka fikir mereka yang menindas itu adalah bidadari dari khayalan... huuhuhu
mungkin mereka tidak mengenal erti hansem dan matang. biarkan mereka abu, biarkan.
poyo la kauuuuuuuu. oke, gud luck gak!
pehh ayat kau. pehhhhh ayat kau.
Post a Comment