Sunday, November 21, 2010

Telur Ikan Plotan.



Aku dan abah, memang cukup minat makan telur ikan. Lagi lagi telur ikan plotan. Sedap ohhh goreng. Makan sambil tengok Buletin Utama. Perghh dia punya pergi, kalah Twister Kepsi. Lagi lagi kalau dapat cicah kicap cili. Meletup la sehhhhhh! Selalu, mak gorengkan. Kami tukang habiskan. Mak tak minat sangat.


Tapi hari ni mak malas nak gorengkan.


Aku menyorok dalam bilik. Abah duk pancing pancing suruh aku pergi goreng. Makin dia ketuk pintu bilik, makin kuat aku buat buat berdengkur. Last last aku dengar bunyi minyak berdesir kat dapur.


Berjaya......


Maka lepas tu, aku tunggu je lah dalam bilik, sambil pesbuk. Dalam otak terbayang dah telur ikan panjang panjang, rangup kat luar gebu di dalam, ada masin masin sikit. Bahagianya!

"Yeyey! Yeyey! Yeyey!" sambil aku berjoget di atas katil. Macam Teletubbies. Sungguh...........comel.

Tiba tiba, dari bawah pintu, asap masuk kepul kepul. Aku keluar, dah macam orang fogging nyamuk. Terus aku pergi dapur. Dengan batuk batuk tu, aku angkat kuali terus masuk sinki. Tussssss bunyi air bila kena dekat kuali. Dah hitam dah benda tu. 

Aku pun mengomel. Tang tung tang aku basuh kuali kuat kuat, bukak kipas depan laju laju, bukak sliding besar besar. Siap kibas kibas kain tuala, nak kasi dramatic. Aku bising bising depan abah. Ape la goreng telur macam ni pun sampai boleh berasap? Panas minyak, letak telur, angkat. Kan senang je tu? 

Jenuh aku bising bising. Abah buat muka cool je di dalam asap yang berkepul kepul. Aku dah penat, so aku pun cubit sikit telur yang dah nak ke arah kegelapan tu dah. Sesambil cubit, abah tiba tiba tanya kat aku.





"Mana datang asap banyak banyak ni?"





Argggggghhhhhhhhh!!

10yang hensem juga cantik:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails