Monday, November 08, 2010

Beluncas, Kepompong, Rama Rama

Hari pertama Darjah Satu.

Sampai sekolah, tengok budak beratur pun lutut aku dah ketar ketar. Mata pun bengkak lagi. Abah jenuh tunggu depan kelas. Dalam otak aku, asing betul persekitaran. .

"Pehal semua benda besar besar ni? Kat tadika kerusi pendek pendek, ni aku duduk pun tak cecah kaki"

"Duit Rm 1 ni macam mana aku nak belanja?"

"Eh, jangan keluar kan duit, nanti kene pow!"

"Alamak Abah mana? Abahhhh! Abahhhh! Ha tu ada je tu. Fuhhh..."

"Nak kencing, tapi takoooot. Mesti cikgu marah kalau mintak pegi kencing."


Dan 6 tahun lepas tu, aku belajar kenal dunia.


Hari pertama Tingkatan Satu.

Kali ni pergi Abah hantar jugak. Tapi sampai pintu pagar je lah. Dan aku tak menangis. Ye lah, dah besar. Sampai kat sekolah, aku tengok keliling. Jauh sikit dari rumah. One Utama jalan kaki 15 minit dah sampai. Tapi masih asing juga persekitaran bagi aku.

"Sombong betul aku tengok budak tu. Mesti budak kaya."

"Pehh stail lak kasut Converse mamat ni pakai. Bape ringgit tah."

"Alamak rambut aku ni, takut tak stail pulak. Bukan tak banyak Tancho aku taruh."

"Apehal minah tu pandang pandang aku. Ehmmmhh...Bangga...."

"Ni ke Cikgu Disiplin? Ganas la siakkkk!"


Dan 5 tahun lepas tu, aku belajar bergaya.


Hari pertama Diploma. 

Satu family hantar. Dua kereta ikut, ye lah, aku angkut satu bilik punya barang dari rumah. Mana boleh hidup takda bantal busuk. Bantal busuk tu lambang lelaki sejati. Aku tengok orang, semua nya berjenis jenis. Senior pulak senyum senyum sinis. Mesti kena buli masa Minggu Mesra Siswa nanti. Aku tengok keliling, hutan je manjang. Ape je la yang ade kat Bota, Perak ni. First time nak hidup jauh dari Mak dengan Abah.

"Camne la aku nanti ni. Jauh benar dari rumah ni. Makan pakai sehat sakit aku siapa lah nak jaga."

"Ape la perangai roomate aku nanti. Jangan kaki busuk sudah. Mabuk aku."

"Mak dengan Abah tu tak pe ke ha duduk rumah 2 orang je. Alahai."

"Fuih duit PTPTN tu ape aku nak belanje ek?"

"3 tahun kat sini? Kat ceruk hutan ni? Aiyaaaa. Mapuh aku!"


Dan 3 tahun lepas tu, aku belajar berdikari hidup seorang diri tanpa bantuan ibu bapa.


Hari pertama Ijazah. 

Satu family jugak hantar. Satu kereta je. Barang tak bawak banyak. Tapi bantal busuk masih lagi tak tinggal. Sekeliling, hutan batu. Pizza Hut sebelah je dengan kampus. Memang betul betul tengah town. Asing, masih lagi asing. Tapi aku sangat nak explore. Time Mak dengan Abah balik, aku tak nangis. Cover sikit, time nak tidur nanti baru la nak nangis ke ape.

"Pehh. Student Degree seh aku. Hurm...."

"Boleh ke tidak aku belajar kat bandar ni?"

"Eh..Minah pakai selendang tadi, manis betul muka. Kalau la jadi bini..."

"Macam best je Dataran Pahlawan tu? Ape lagi ek...ha! Asam pedas! Ikan bakar! Yay!"

"2 tahun. 2 tahun. Lepas tu aku dah boleh kerja dahhhhh. Tak sabar!"


Dan 2 tahun lepas tu, aku belajar untuk bawa diri sewaktu hidup bekerja.



Hari hari terakhir kelas Ijazah.

Seronok betul. Kelas dah habis. Kepala nak jimba jimba. Nak rebel habis. Lebar je senyum aku. 

"Lepas ni tak payah dah pergi kelas! Wohoo!"

"Esaimen? Takde dah! Tak perlu dah aku nak ngadap Word pe sume!"

"Nak tidor puas puas! Kat kelas tidor asyik kena kacau je."


Tapi aku termenung kejap.

Lepas ni takda dah rasa nak gelabah buat kerja last minute. Takda dah rasa nak overnight sana sini. Takda dah nak pikir pikir cara nak tidor dalam kelas. Takda dah nak ngelat bawak toyol masuk test. Takda dah nak rasa lega dan bangga pegang esaimen yang dah siap pastu hantar kat lecturer. Takda dah rasa nak cuak present depan kelas, or gelakkan orang tengah present depan kelas. Takda dah keluar kelas sat gi makan kat mamak. Takda dah nak cover cover bau lepas gi berasap kat toilet.Takda dah nak melengging depan kampus usha junior.

Takda dah istilah kelas kelas ni setelah berbelas tahun duk pergi kelas dari kecik.







Dan 10 minit lepas tu, aku tak tau kenapa aku sedih sebak tiba tiba.












8yang hensem juga cantik:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails