Pages

Monday, December 13, 2010

Diam Diam Ubi, Berisi, Diam Diam Ibu, Dia Mengerti.

Ini entri konfesi. Dalam bahasa jawa, confession.


Aku. Adalah seorang pengasap tegar. Di sebalik muka yang iras iras Aaron Aziz ni, tak ramai yang jangka aku kuat berasap.Tiap kali aku berjumpa kenalan baru, bila aku mengeluarkan kotak Winston Light dan mencucuh batang kanser barang sebatang dua, mesti keluar ayat begini.


"Kau muka jambu, tapi berasap jugak eh?"

Oke ini ayat tipu obviusly. Tapi apa yang salahnya tentang menjadi seorang yang mempunyai impian kan?


Lama aku menyimpan rahasia ini dari pihak keluarga. Dah berkali kali aku cuba berhenti dari gejala tak sehat ni. Tapi dugaan dia besar. Sangat besar. Paling lama pun 3 hari.

Dugaan paling hebat adalah tatkala tengah membuang dengan gigih di toilet.. Seriyus tak tipu.

Selalu kalau nak berawan di rumah, aku akan bukak tingkap luas luas, dan letak kipas. Hembus ke belakang kipas, dan otomatik peredaran udara akan mengambil alih selepas itu.  Dah lama jugak aku buat gini.

Aku rasa, bau selalu je lekat kat bantal dan langsir, tapi mak buat tak kesah. Maka, aku rasa trick aku menjadi.

Nak jadi cerita, aku balik rumah satu hari, rumah wangi semacam sampai aku naik pening. Aku selidik, rupanya minyak attar tertumpah time mak aku kemas rumah. Aku pun mengomel. Badan penat, nak tidur pun payah. Tak berdenyut kepala duk bau wangi kuat sangat.

Aku masuk dalam bilik, pun lagi kuat bau. Lagi kuat bau, lagi kuat aku mengomel. Pening lah, tak selesa lah, nak muntah lah. Aku memang pantang bau perfume, lelagi minyak attar yang perisa ros. Sebab dulu naik keta masa balik kampung, tu punca aku muntah dalam keta, So, aku sangat anti bau begini.

Aku tanya lah mak aku, apesal dalam bilik aku lagi kuat bau.


"Mak tertumpah kat depan tv. Habis kene tangan ape sume."


"Kalau kat depan tv, apesal dalam bilik ni lagi kuat bau?"


"Oh. Dah kene kat tangan, mak selet selet kat bantal ape sume."


"Laaaaaaaaaaaa camne nak tidor niiiiiiiiiiii~. Pening la makkkkkkkk."


"Alaaa takpela. Ko pening bau perfume. Mak pening bau rokok. Jadi lebih kurang je la kan?"








Tajam, sinis, dan tepat sekali. Menusuk ke kalbu, dan ke paru paru. Uhuk uhuk!

10yang hensem juga cantik:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails