Sunday, December 19, 2010

Kusss Semangat!





"lawa doh rumah korang, atas bukit ha. cantik pemandangan. bape sewe wey?" tanya aku kepada Ammar.

"tak mahal lah. duduk ramai ramai, sorang seratus. dalam umah ni ade 10 orang. tapi banglo kan, so puas hati lah.."

Aku pergi melawat Ammar dan rakan rakan di rumah sewa mereka de Segamat. Cantik sekali. Atas bukit. Aku boleh tengok hutan Segamat di bawah bukit dan juga matahari pagi naik sayup di ufuk timur. Indah betul.

Ammar pun membawa aku ke pelusuk rumah mereka. Design yang sungguh urban. Perabot semua rata rata dari Ikea, yang mana nama nama nya sangat susah disebut. Nurggstag, Galkutq, Drettmerr, dan juga Cincalluk. Padahal meja kerusi jugak.

Sampai kami di satu balkoni, aku ternampak Sam sedang duduk di atas pelantar di luar balkoni itu. Melayan perasaan. Sambil memetik gitar.

"wow. best gile lepak sini!" 

"mesti ah. weh Ammar, jom ah siap siap. dah pukul bape ni." ujar Sam kepada Ammar.

"okeh." balas Ammar kepada Sam sambil mengemas Canon 550D nya.


EOS 550D??






Sejurus, Sam pun masuk kedalam bilik, dan keluar membawa sesuatu di tangan. Nikon D3100.


NIKON D3100??






"ajak la diorang kat depan tu. Malaysia lawan Vietnam ni weh. rugi tak tengok." ujar Sam lagi.

"WEH KORANG, DAH SIAP BELOM?? JOM AH! DAH PUKUL BAPE DAH NI!" jerit Ammar kepada mereka mereka di ruang tamu.

"dah siap dah ni ha! kejap, aku tengah cari lens aku!" jawab seseorang di ruang tamu.

Aku pun pergi join sekali mereka di situ. Dan aku terkejut melihat benda benda di atas meja.


CANON EOS 1000D??
CANON EOS 40D??
NIKON D90??
SONY ALPHA A200??







Dan seorang dari mereka bertanya.

"Chain, ko tak bawak DSLR ko?"

Celah mana aku ada DSLR?? Kaye betol diorang ni dapat cekau DSLR sorang satu??


Aku menyeluk poket. Dan mengeluarkan handphone Samsung. Yang hanya berkapasiti 3.2 megapixel.




Dan aku hanya mampu tersengih. Titis titis peluh mula terbit di dahi. Bersama dengan titis jernih di bawah kelopak mata.








Bahaya tidor petang. Lelagi nak dekat Maghrib. Nanti mimpi seram. Kussss semangat!

8yang hensem juga cantik:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails