Setelah beberapa minit mengapdet attention-seeking-status, aku selalu browse through page Heliza. Dan blog blog menjual tudung. Sambil berasap, aku berangan kalau lah semua ni awek aku. Lepas tu aku senyum sorang sorang.
Dan lepas tu aku sedih sebab terasa loser nak mampus.
Selepas itu aku buka folder game, dan gedegang gedegung sampai puas. Lepas geram tension kat ofis. Nak pergi dapur punyalah malas, merasakan masa akan sangat terbuang. Tapi melalut depan laptop aku tak kesah sampai larut malam. Mengenangkan kat ofis tak boleh online selalu. Pukul 1 atau 2 pagi baru lah nak shut down laptop.
Maka, aku selalu meminjam mata panda untuk di bawa ke ofis. Sila contohi aku okeh?
Ya adik kakak. Inilah saya nowadays. Keadaan di atas. darab 5 kali seminggu.
--------------------
Ingin membuat pengecualian pada satu malam, aku saja lepak depan telebisen. Hari tu malam jumaat. Memandangkan esok dah jumaat, tension bekerja tu kurang dah. Abah dah tidur kepenatan. Aku tak perasan la pulak mak dekat mana.
Aku pergi ke dapur, membancuh milo. Dan mencedok nasi bersama lauk yang sengaja ditinggalkan untuk aku. Aku tengok jam, dah pukul 10 malam, tapi aku tak kesah sangat. TGIF bebeh!
Sedang aku elok setting punggung depan telebisen, aku nampak mak aku dalam bilik semayang. Kelentang kelentung die menumbuk lesung. Aku pun approach la.
"Tumbuk ape lagi tengah tengah malam ni mak?"
"Takde ape lah. Saje je..."
Aku lihat dalam lesung batu tu, ada bawang merah, bawang putih, lada hitam dan cili merah. Tapi yang peliknya, mak siap renyek renyek guna tangan.
"Nak tumis ke bende tu?" tanya aku lagi.
"Tak...ni ha, nak sapu kat ibu jari kaki. Baru boleh tidor.."
Aku jenuh pikir connection antara bawangan, lada lada dan tidor. Mungkin untuk membuang toksin. Lepas tu mak sambung lagi.
"Ni kalau sapu, 'dia' tak berani dekat."
"Huh? Nyamuk?"
"Bukan. Dah 3 malam dah 'dia' datang. Time mak tidor, 'dia' gigit ibu jari. Penah rasa macam mana budak kecik gigit ibu jari tak? Haaaa macam tu lah. Kalau nyamuk tu, bukan mak tak boleh beza. Ni kalau sapu benda ni, pedas la mulut 'dia' nanti. Kamu tu tidur nanti jangan lupe baca ayat kursi tau."
Errrrrrr. Seorang pekerja yang bagus, adalah pekerja yang tidor awal. Tak elok tengok telebisen tengah tengah malam. Dan tak elok makan di lewat malam. Dan juga jangan main game sampai larut malam. Kita mesti tidor awal, boleh bangun dengan segar bila nak pergi kerja. Okeh?
9yang hensem juga cantik:
Post a Comment
-qiha-
-kunang2-
-caki
aku dapat msg gitu lepas kejadian. fffffffffff
kau yakin kau tak tibe2 datang umah aku malam tu?
aku tak yakin yang kau tak suka makan apa apa.
lu xnak tangkap ke jembalang tu?
errrr. nak tangkap, kene umpan ibu jari kaki. kalau die tak isap darah tapi isap cagu, mungkin aku boleh cuba.
Post a Comment