Pages

Saturday, December 11, 2010

Tutti Frutti



Sekiranya anda seorang yang cool dan mengikuti perkembangan zaman, anda perlu tahu tentang Tutti Frutti Frozen Yogurt. Sejenis aiskrim yang sudah menempa nama di Malaysia, dan rata rata di mata penggemar aiskrim, tak kurang juga bagi mereka yang ap tu det dan tidak boleh ketinggalan zaman.

Tahu tak motto Tutti Frutti? Aku tahu.


"Biar berat, biar mahal, asalkan anda in trend. Pasti. Tutti Frutti."


Ya. Berdasarkan motto ini, Cik Qiqi (bukan nama sebenar) membeli aiskrim paling mahal dalam sejarah hidupnya sebagai seorang dewasa berjiwa muda. RM 19.00 tu cukup la sialllll aku makan dua minggu. Tak mengapa Cik Qiqi, setiap orang ada pengalaman pertama okeh? Jangan menangis lagi ya?

Haah. Aku adalah seorang yang agak tak menyukai sesuatu yang kadang kala menjadi 'in trend'. Kau boleh je cari aiskrim yang sangat sedap tanpa perlu mengikuti apa yang orang ramai selalu gembar gemburkan. Talks about yogurt, try lah pergi Gelare. Kat situ, aiskrim dia puas hati. Makan 2 scoop, dah rasa macam makan nasik berpinggan pinggan. Sudu plastik tu pernah patah time aku makan, dek kerana pekat betul aiskrim dia.

Tapi, kalau orang nak belanja Tutti Frutti, aku......aku tak kesah.........ihiks!



Satu hari bos aku nak keluar pergi press conference. Sebelum keluar, dia cakap dengan kiterang.

"Nanti balik i bawak ole ole untuk you all ok?" dengan muka yang bangga sekali. Teruja gamaknya nak masuk telebisen. Mesti dia dah praktis dah nak senyum macam mana paling market, sebab dia keluar tu muka dah senyum. Yang mana sangat susah nak nampak sebelum sebelum ni.

Seorang staff menyahut dari jauh. "Tutti Frutti lah bos~".

Dalam hati aku senyum.

Masa kerja, aku dah bayang bayang dah. 1 jam, 2 jam, 3 jam, 4 jam. Berjam jam kami menunggu. Terus senyap semua. Tekun sekali.

Dan bos pun pulang. Yaaaaa itu dia aku ternampak sesuatu berwarna hijau di tangan. Dan bos pun meletakkan di atas meja.

Aku tak jadi senyum.








Macam mana 7 orang nak kongsi satu scoop aiskrim? Oh tambah lagi. Dan sudah hilang separuh.

4yang hensem juga cantik:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails