Tuesday, March 08, 2011

Jerit

Makanan aku untuk hari Sabtu adalah amat senang. Tak perlu di masak pun.

Sarapan : Facebook masak lemak
Brunch : Katil dan bantal goreng tepung
Makan tengah hari : Online manga di Mangareader.net. berkuah kan sambal.
Minum petang : Youtube cicah kicap.

Persamaan antara semua makanan di atas ialah, yang masuk dalam perut hanyalah angin. Amat lazat dan very exquisite.

Sampai malam dalam pukul 11:30 malam, aku baru sedar yang aku ada ramai kawan di alam realiti. Dan banyak rupanya makanan yang betul wujud. Hey kenapa aku tak perasan dari tadi?

Sampai di Williams bersama rerakan, aku terus set dalam kepala otak menu yang akan di pilih. Aku tak nak makan banyak, sebab perut aku makin hari makin maju melangkah ke depan meninggalkan aku terkontang kanting di belakang mengejar. Ingat nak makan roti canai je.

Cuma entah macam mana tah waiter tu boleh terhantar Baked Potato, Kiwi Blended, Iced Honey Lemon dan Baked Pasta Chicken kat depan aku. Pelik betul.


Perut yang berdiameter 32 cm dalam masa 15 minit mengembang ke diameter 36 cm. Dan anak yang berada di dalam mula meronta ronta keluar. Nak sapkok pun tak sempat.

Dengan menguntumkan senyuman hensem, aku minta membawa diri. Kalau buat muka pucat, kantoi la nak terber dengan kadar segera. Hilang saja mereka dari pandangan, terus aku pulas minyak motor. Keluar peluh dingin, tegak segala bulu roma basah sweater, semua lampu merah aku langgar. Memang di hujung tanduk habis. Mata aku laju mencari simbol Petronas atau Shell di sekeliling.

Mujur ada satu yang bukak tengah tengah malam di simpang jalan. Terus laju aku berhenti dan berlari lari anak ke tandas. Aku dah tak kira apa dah. Kalau Heliza selisih sambil mintak nombor talipon pun aku buat tak peduli je.

Ade la gak dalam setengah jam lebih aku mengulangkaji pelajaran dalam tu.

Suasana memang sunyi. Aku kerling jam, dah pukul 2 dah. Tetibe seram sejuk pulak.



Dan di saat itu aku terdengar suara halus di luar ketawa kecil.

Peluh dingin mula mengalir kembali.

Makin lama makin dekat.

Ah payah.

Lalu terdengar pintu jamban di ketuk.

Aku senyap.

Di ketuk lagi.

Aku masih lagi senyap.

Ketukan berhenti.

Aku jerit sikit "ade orang kat dalam!"

Serentak aku terdengar jeritan yang singkat dan terus hilang. Laju gila jantung aku berdegup.


Aku gagahkan diri untuk berhenti dari mengulangkaji pelajaran setelah berfikir dua tiga kali dan keluar. Nak baca Kursi dalam tandas mana boleh. Harap harap la 'dia' tak tunggu di depan pintu. Aku buka, tapi tiada orang. Terpinga pinga aku. Angin bertiup kuat. Aku dah mula rasa seriau.

Lantas aku terpandang balik ke arah tandas.






Rase nye macam dah lama sangat tak silap masuk tandas perempuan.

4yang hensem juga cantik:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails