Sunday, March 06, 2011

Risau

Risau aku.

Merayap di muka buku, tengok bebudak makin maju.
Gambar tak nak kalah, semua kalau boleh biar megah.
Yang laki tak pe lagi, yang perempuan mane baru nak tumbuh aset, dah start dedah dedah.
Silap satu je, still pakai baju sekolah.
Pe kejadah?
Buat nya pedophile geram sangat tengok, boleh je die cari nak kekah.
Siapa yang susah?


Risau aku.

Kekanak sekarang lebih berani.
Post status penuh emosi.
"Aq ta tahan dah, aq sgt cinteww kan dieewww"
Mak ai kau, dah sangap sangat kewww?
Sedar diri sikit, duit top up tu pun mak bapak yang kasi jewww.
PMR pun tak lepas lagi, tapi duk berahi berahi.
Kau rasa kau dah dewasa?
Hak tuih. Celaka.


Risau aku.

Bebudak sekarang, memang up to date.
Ape barang sembang pasal kartun, sekarang sembang Blackberry, I Pad.
Ape barang keluar rumah pepetang, sekarang duduk rumah tengok TV sambil Ping Chat.
Ikut umur diorang, aku ni dulu kat MIRC tu je lah yang tau nak chat chat.
Darjah 3 dah pegang henset.
Nokia tak pe bai, ni Samsung Galaxy. Android tu beb, Android!


Risau aku.

Muka memasing suci, tapi bibir gelap, gigi penuh kuning kaviti.
Ape brand tah korang hisap, pepehal, mak bapak tau tak ni?
Diorang kasi korang duit belanja, suh makan time rehat.
Bukan suruh beli batang kanser, nak kasi mudarat.
Ape hensem sangat la pakai seluar hijau, baju putih, sambil asap kepul kepul keluar mulut?
Nak asap banyak, gi cari kelapa punya sabut.
Kau bakar, ramai ramai sedut.
Jimat kut?


Risau aku.

Lepak dekat Mc D je, dressing dah macam kat oversea.
Yang laki dah macam beruk. Apetah lagi perempuan.
Satu meja ade la dalam 11 orang batang, 1 orang karipap.
Gile mencapap.
Aku jeling, dalam beg ade buku Tingkatan 2 Matematik Moden.
Sah baru balik tuisyen.
Sorang bawak laptop, dengar lagu Emo yang tegar.
Bukak kuat kuat, biar semua orang dengar.
Konon nak kasi orang tau kau punya citarasa.
Yang perempuan hat sorang tu, duduk gaya habis menggoda.
Tergedik gedik. Terkinja kinja.
Padahal aku tengok, badan tak seberapa nak ada.
Nafsu dah buas agaknya?


Geram aku.

Aku tak tahan. Rasa nak lempang.
Lantak pi diorang ramai, aku sorang.
Tak risau ke mak bapak diorang?
Lepak buat kecoh memalam?
Kalau dah besar takpe, ini bulu ari ari pun belum tentu tumbuh dengan cemerlang.
Aku tak kira, hati panas, kepala memang dah naik berang.
"Lempang", bahu kiri aku berbunyi, "jangan tak lempang!"


Tapi bahu kanan aku bisik, dengan nada rendah, dan ayat yang mudah.
"Kalau ada orang macam kau, waktu kau umur begini gak, kau pun dah lama kena penampar dah..."


Haah. Betullah.
Hurm. Biarlah.
Bila diorang dah pegang tanggungjawab, bila dah sedar mak bapak sara diorang cukup payah.
Mungkin, diorang akan berubah.
Mungkin.


InshaAllah.

6yang hensem juga cantik:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails