Sunday, February 27, 2011

Buat Kau

Apa perasaan bila bangun bangun tidor terus kena masuk diskusi bersama abang ipar dan kakak yang mana soalan pertama yang di ajukan berbunyi:

"Kau nak kahwin eh? Abah dah tanye tanye kitorang dah, ade duit lebih tak. Katenye ko nak kahwin."

Gugur bulu ketiak bai terkejut.



Apa pulak perasaan bila tengah sedap layan AFC, dan secara tiba tiba ibu mengutarakan soalan berbunyi:

"Tak nak kahwin ke? Mak dengan abah dah tua dah. Bila bila masa je takde ni. Tak sempat pulak nanti nak timang anak kau..."

Gugur bulu ketiak lagi? Tidak. Kali ni aku diam. Dan gugur air mata.


Ujar mereka yang aku tanya, katanya senang. Cari je lah mana mana, mesti ada punya. Demi mengikut dan ingin mencuba nasib seperti apa yang mereka kata, aku cuba nasib di sini. Dalam bentuk sajak. Sajak...........kot?


----------------------------------------

Kata mereka, tak susah.
Kata aku, pergi tanya poket.
Kata poket, LU GILA KA? WA PUN TALAK MAKAN LUIT MA, LU SUDAH MAU KASI MAKAN OLANG LAIN!

Emosi lebih lak poket aku ni. Tak cukup perhatian, biasalah.


Kepada kau yang aku masih lagi tak kenal. Dan yang mana aku pun kau tak kenal lagi.
Mane kau? Mak bapak aku dah cari dah ni. Mungkin kau pun tengah cari aku. 

Takpa. Kayuh pelan pelan. Nanti kita jumpa bila bila.

Aku risau. Risau amat. Bukan sebab takut kau tak lawa. Bukan sebab takut kau hot. Aku pun tak tau nak cakap macam mana. Aku risau pasal aku.

Biar aku explain.

Masa majlis, kau mesti nak pelamin cantik, baju satin, konsert, dan tepung tawar. Tambah pulak nak panggil Manggis Production.
Tapi aku tak nak bersanding. Aku tak nak orang datang majlis tengok kau telanjang dalam berbaju. Aku tak nak  orang terlolong huha huha. Dan aku sendiri boleh jadi photographer untuk kau, tadahal lah!

Bila dah selesai majlis, mesti kau duk belek belek brochure Venice. Tak pun Paris. Tak pun Hong Kong Dalam gaya hint hint kat aku.
Tapi aku rasa boleh je kita pergi Kuala Gula nak ganti Venice. Bukit Tinggi kalau nak ganti Paris. Petaling Street kalau nak ganti Hong Kong.

Bila kita dah balik, kau mesti nak rumah cantik di hias perabot. Kalau boleh satu dapur tu Signature Kitchen.
Tapi aku rasa, pakai dapur Singer pun dah boleh buat perut kenyang ye tak?

Kau nak makan sedap, aku boleh bawak. Tapi tak selalu. Maaf ya?
Tapi, aku cuba masakkan boleh?

Kau nak makan Victoria Station? Tadahal!
Tapi....tontong lah ya. Amik satu steak sudah. Balik kita balun Burger Bersepah kat Shah Alam okeh?

Kau kekadang melirik tengok perempuan lain pakai tudung lawa lawa, baju stail stail.
Tapi aku tak suka kalau lelaki melirik tengok kau pakai baju sendat, jeans melekat.

Aku pulak keluar tak pandai bergaya. Tak pandai nak buat rambut jambu. Tak pandai nak kasi kau bangga, dapat lelaki handsome.
Bukan apa. Baju murah, rambut tak stail, buatnya kalau kereta langgar lopak tepi jalan, aku boleh pergi depan kau.

Dan mintak maaf. Aku tak jiwang. Kau nak ajak aku tengok Bollywood hari Ahad, aku sanggup keluar gi cybercafe main Left 4 Dead.
Lain la kalau kau nak ajak aku tengok AFC sekali, itu aku suka.

Nak naik Honda Accord? Toyota Swift? Tak pun 5 Series?
Kita naik Honda EX5 dulu lah ek. Takpe, aku boleh belikan helmet yang kaler die matching. Nak pink? Layan kan!








Last sekali. Kau jangan takut. Aku tak buta Quran. Aku masih ingat tajwid. Aku tau la jugak mana yang betul, mana yang salah. Dan aku boleh lagi baca surah surah pendek kalau nak jadi imam.



Cuma, kekadang ade mase, subuh tu tolong kejutkan aku eh?

14yang hensem juga cantik:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails