Mase dekat diploma di Sri Iskandar, dalam kampus ade satu tempat makan bernama Downtown. Tempat ni agak berlawanan dengan lagi satu tempat yang bernama Uptown.
Uptown atas bukit. Downtown kat bawah.
Uptown dekat dengan hostel perempuan. Downtown sebelah hostel jantan.
Uptown banyak budak pakai smart. Downtown budak pergi pakai kain pelikat.
Uptown jadi tempat dating mereka yang berkapel. Downtown banyak budak single.
So, memang harapan lah aku ni nak lepak Uptown. Gi situ pun kalau saje nak kutuk bebudak baru nak kapel. Kat situ tak leh berasap, tapi pernah gak la aku tengok sorang mamat ni gulung kertas pastu buat buat hembus time tengah dating. Kirenye nak tunjuk die ni perokok tapi tak boleh merokok. Naik basah kertas tu die hisap.
Gile faggot. Baik die gi isap rokok sendiri. Meluat betul aku tengok.
Dah puas aku dengan rakan rakan mengutuk, kami gerak lah ke Downtown. Kat sini pun ok je sebenarnye. Potensi agak ramai. Mostly mereka mereka yang masih lagi fresh dan comel tak kenal dunia selalu datang makan sini sebab tempat lebih open dan humble. Itu yang aku suka.
Tengah makan char kuey teow, aku terperasan sorang minah ni beratur. Tudung bawal, baju t shirt, seluar track, tiada mekap. Dia ni batch aku, tapi malam ni baru aku perasan dia ni comel. Aku terus inquire kawan aku. Kate nye budak ni budak baik. Potensi balak ade tu kurang. Tengok gaya pun macam alim alim sikit.
Terus aku senyum. Sambil tumbuh gigi buaya barang 2 3 batang.
Lepas aku dapat nombor, aku pikir topik ape aku nak cakap. Aku message minah tu mintak dia wakilkan kelas dia kasi gambar dekat aku. Aku cakap aku nak buat slide untuk batch. Ayat message aku berbunyi begini:
"Awak nanti tolong bawakkan gambar gambar tu dalam pendrive eh? Kasi dekat dining. Saye tunggu situ lepas maghrib"
Padahal boleh je die emel gambar kat aku. Hihi.
Hari yang di kunjung datang tiba. Aku nampak die beratur. Aku pergi belakang dia. Lama gak aku berdiri tak buat apa sebab nerbes. Ape la nak cakap eh.
"Hai. Lapar ke? Boleh saye belanje?"
Tak boleh. Makan kat dining free.
"Assalamualaikum. Dah semayang dah? Saye belum. Jom kite jemaah?"
Tak boleh. Aku bace surah pun parkinson.
"Hai. Saya berkenan lah kat awak. Jom kita jumpa parents awak weekend ni?"
Tak boleh. Terlalu pantas.
"Em. Tumpang tanye. Selipar saya hilang la time semayang jumaat. Awak ke yang amik?"
Haa yang ni boleh. Tapi makan selipar saiz 5 lah aku lepas tu.
End up aku cuit bahu dia. Dia terkejut. Aku senyum. Die masam. Pastu terus die kasi pendrive sambil pesan pulangkan balik esok.
Balik bilik aku dapat message dari si dia. Bunyinya gini.
"Salam. Awak memang dah biase tegur orang gitu eh? Awak memang jenis senang dengan perempuan eh? Minta maaf, saya TAK SENANG dan TAK SELESA kena cuit macam tu. Lain kali tolong jangan buat lagi. Saya TAK SUKA."
Aku hanya mampu reply "maaf'". Lepas tu aku terus tulis message nak bagitau kawan aku ape yang baru berlaku. Aku cerita habis habis, dari A sampai Z. Dan aku tekan send.
Tergerak hati nak check sent item. Aku semak. Terus naik darah kat muka.
'Triiiiiit' bunyi message masuk.
"Rupenye lelaki semua begini. Dasar penipu. Pandai mintak maaf. Tapi terus gi heboh kat orang lain. Please lepas ni jangan tegur saya dah. Oh lupe, pendrive tu tolong pass kat kawan saya je lah. Saya tak nak tengok muka awak."
Sony Ericsson punye feature yang 'last recipient' tu memang serius macam gampang.
14yang hensem juga cantik:
Post a Comment
yang benar,
Sam
btw, ramai kawan aku yg pakai Sony E merungut sbb benda yg sama selalu jadi. Kesian korang..
ah kau. payah naw aku nak caye nye.
haihhhhh. aku memang gagal bab mengorat ni.
kita mesti belajar dari kegagalan.....
HAHAHAHAHAHAHAH sial
itu lahh. boleh aku mengorat kau?
sudah pasti tak boleh. tengok, masih lagi gagal.
errrrrrr itu ganas sekali. ya saya amat amat faham. HAHA
kecai2 hati aku..
Post a Comment