Monday, August 08, 2011

Qiyamullail

Time sekolah menengah dulu, the only time yang aku boleh tak balik rumah di waktu malam, hanya lah pada bulan Ramadhan.

"Mak, malam ni tak balik"

"Awat?"

"Ikut qiyam dekat Masjid Taqwa"

"Haaaa. Terawih punya liat, rajin pulak nak qiyam?"

"Ish. Orang nak buat baik pun tak boleh"

"Surau depan tu pun ade gak qiyam, awat tak join? Nak ke Taman Tun tu jugak"

"Errrr....sahur kat Taqwa kekadang makan nasi beriyani...hee hee...."
sambil aku gelak comel dan lekas melangkah keluar dari rumah.


Aku dulu duduk di Bukit Lanjan. Bersebelahan dengan Taman Tun Dr Ismail yang sekarang ini semakin kacak dan sesak dengan kereta dan Sungai Penchala. Tambahan pula nama Sungai Penchala makin naik di sebabkan oleh tumbuhnya restoran restoran, dan salah satunya bunyi cukup romantis.

 Bora Asmara.

Pergh. Bapak jiwang. Tak tau kenapa, dengan kehadiran 'Bora', sesuatu ayat tu macam kena enhance. Lepas ni korang SMS, try  letak  Bora dalam SMS korang. Contohnya:

"Baby, i gila rindu la kat u. Seriyes tau. Bora bora rindu kat die! :p"

"Cayunk, tengah wat peww teww? Titeww bosan lewww. Bora bora bosan tau ta! "

"Babe, u pegi 7E, tolong belikan i top up pleasee? Please? Bora bora please??
:D"

"Wei, cepat la guna toilet! Aku nak berak! Dah memulas nih! Bora bora memulas!"

Eh, sape kate ayat yang last tu mustahil? Jangan cakap, semua orang duk 'check-in' je sekarang ni, tak mustahil time berak pun nak 'check-in' jugak.



Okeh. Sambung cerita. Sesudah terawih, semua yang berjanji nak ikut qiyam dah berkumpul. Sesi bersembang sambil menghabiskan teh moreh dan sisa kuih adalah wajib. Segala gosip keluar, segala pelusuk junior cantik kat sekolah di diskusi kan.

Check jam, baru pukul 12. Qiyam start pukul 4. Seorang kawan aku yang agak arif memberitahu, tak sah qiyam kalau tak tidur dulu. Aku pun tak tahu betul ke tak.

So kami pun sepakat untuk bersedia tidur di ruang sembahyang. Ye lah, semangat tak mau tak sah. Qiyam beb. bukan calang calang orang yang buat qiyam ni. Mujur tak ada FB lagi time tu, kalau tak dah lama dah post status:

"qiyam wif muh best fwens -with Arshad Mohamed and 5 others at Masjid Taqwa, Taman Tun Dr Ismail"



Setelah 5 minit, kami pun sepakat untuk beramai ramai menyerbu 7E instead. Bosan pulak tidor. Sampai sana, masih lagi sesi diskusi junior cantik. Ade pulak sorang gi balik rumah sat amik bola, then kami pun asyik bermain leka tak ingat dunia.

Jam dah pukul 3:15 am. Kami bergegas untuk kembali ke masjid, nak tidur sat before pukul 4. Takut tak sah nanti pulak.













Sedar sedar, orang dah habis subuh dah.
Sahur memang kelaut ah.


Tengok ni, emoticon nangis : T_T

0yang hensem juga cantik:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails