"Alaaaaaaa, tahun lepas dah warna ni, tahun ni warna lain la pulakkkkk"
"Ish, kain ni out dated lahhh. Tukar tukar!"
"Dah langsir warna biru, baju raya kena lah biru jugak kannnnnnn"
"Ish, kain ni out dated lahhh. Tukar tukar!"
"Dah langsir warna biru, baju raya kena lah biru jugak kannnnnnn"
Asal dekat musim raya, banyak keluar ayat ayat yang seangkatan macam ni.
Nak buat macam mana, aku dah terdidik dengan suasana raya dekat hutan batu. Kalau aku pakai megah megah pun, tak da makna jugak sebab selalunya masuk raya kedua aku dah pakai boxer makan Pringles terbongkang tengok TV, since kebanyakan kengkawan lain beraya dekat kampung.
Tak susah bagi aku nak bergaya di hari raya. Cukup sekadar seluar jeans, baju melayu dan kain pelekat. Bila aku pakai tiga tiga sekali, aku kasi lah alasan, ni stail orang Johor. Itu pun kalau ada jemputan rumah terbuka di awal raya. Hujung hujung raya, pakai t shirt sudah. Lagipun, dalam 5 tahun ni, aku tak da rasa teruja nak bergaya sakan, sebab time cuti raya, aku selalu tengah prepare untuk final exam. Balik cuti raya, beg penuh dengan buku dan bermacam macam nota. Pasang angan angan, time orang datang raya, aku bukak buku dengan penuh matang dan berwawasan.
Tapi usually buku tu yang end up tenung aku tidor, dari dalam beg. Pui
Walaupun begitu, time kecik kecik, aku pun teruja jugak bila masa nak prepare baju raya. Hampir semua kengkawan aku tanya baju raya warna apa so that aku tak beli warna yang sama, sebelum aku nak beli untuk diri sendiri.
Eh. Silap. Sebelum abah nak belikan untuk aku.
Aku tanya sana, hijau. Sini, biru. Situ, merah. Sinun, kuning. Dan akhirnya, aku beli warna pink. Jambu dan comel sungguh aku waktu kecil dulu. Ish!
Baju seluar pink, kasut pallas jazz warna biru cair...................
Okay. Tak jambu. Kelaut sebenarnya.
Mak aku macam bising. Pehal aku nak beli warna pink. Aku yakinkan dia, aku akan selalu pakai jangan risau. Akan aku pakai setiap kali ada program agama di sekolah dan sekolah agama, Akan aku pakai, tiap kali jumaat. Akan aku pakai bila pergi semayang Maghrib dekat surau. Akan aku pakai, kalau kat rumah buat kenduri doa selamat.
Tiba hari raya, aku pun dengan bangga pakai siap dari kepala sampai kaki. Lepas semayang raya, aku pun pegi lah berkumpul dengan anak anak jiran yang lain, yang mana masing masing pun tak sabar nak tunjuk baju raya. Sesampai, sorang kata kat aku.
"Weh, ko macam Kimberly la!"

Celaka.
--------------------------------------------------------
Walaupun begitu, aku tetap bersyukur, sebab merasa jugak keseronokan beli baju raya. Mak ayah ada setiap kali raya. Ramai kengkawan datang hujung hujung raya. Makan serba cukup, serba kenyang. Duit raya sentiasa dapat tiap kali raya.
Kebanyakan dari kita, lebih kurang macam aku jugak. Pengalaman raya tu lebih kurang sama.
Tapi, terfikir tak, dekat bebudak yang tak senasib macam kita. Dari kecik, mak ayah takda. Tiap kali raya, duduk depan pintu tengok bebudak lain seronok ke sana sini. Dan tidak berani turut serta sebab tak da baju raya langsung pun. Pagi raya, bebudak lain salam mak ayah siap dapat duit raya. Tapi mereka, hanya mampu siram air dekat kubur ibu bapa.

Mungkin kita tak boleh nak ganti kan ibu bapa mereka.
Tapi yang kita tak tahu, mereka hanya mahu senyum, di hari raya.
1 yang hensem juga cantik:
Post a Comment
Post a Comment