Pages

Wednesday, August 17, 2011

Juadah

Dah masuk setengah bulan Ramadhan dah. Fenomena yang biasa melanda di waktu ini bagi mereka yang bujang, dompet kempis tetapi kacak dan matang seperti aku ini adalah tidak tahu nak beli apa dah dekat bazaar.

Tawaf keliling bazaar lebih 6 kali, tapi tangan masih kosong. Akak yang duk sapa aku "dik, akok dik" tiap kali aku lalu depan gerai, sudah agak daring dengan menukar sapaan kepada "ai dik, tak tau nak makan ape lettew..."

Aihhhhh. Payah. Nak makan pun susah. Kan best kalau ada bini...............yang tak ubah macam Rozita Che Wan....ihiks!

Hari ni, aku set dah dari rumah sebelum ke bazaar. "Pergilah dengan hati yang lapang dan terbuka, moga ada perubahan, fighting!"  ujar aku di depan cermin. Comel bukan?

Pui.

Ya sesampainya aku di sana, aku tanpa menunggu lebih lama, terus membeli kuey teow goreng, apam balik dan air katira dengan kelajuan yang agak memberansangkan. Makcik akok tersenyum melihat aku yang sudah berubah dengan lebih berketrampilan dan yakin di dalam arena membeli juadah berbuka di bazaar.

Di sebabkan waktu kerja masih lagi belum sampai, aku singgah la sebentar di masjid untuk sembahyang Asar. Juadah berbuka aku simpan erat di dalam box Givi di motor aku, takut takut kalau ada kucing yang menyelongkar. Dan tak mustahil ada insan yang bernama manusia turut tumpang menyelongkar bersama kucing tadi.

Sejurus selepas itu, aku pun bergegas untuk pergi ke tempat kerja. Gedegam gedegum bunyi halilintar memecah langit petang yang memang dari tadi sepoi sepoi meniup bahasa. (eh macam salah je)

Dan ya, hujan berderai membasahi bumi Sungai Penchala pada petang itu. Dan turut membasahi aku yang sedang menunggang motor. Nice.

Sesampai di stesen minyak aku bergegas ingin berteduh. Ramai juga mat mat motor yang tumpang berteduh. Satu persamaan antara mereka dan aku ialah, kami baru lepas menapau juadah. Setelah beberapa minit, dengan hujan yang sudah agak renyai, aku terus kan perjalanan


Eh?


Pehal makanan aku takde dalam raga macam mat motor tadi? Ah sudah. Jantung aku berdegup laju. Aku berhentikan motor di dalam hujan renyai dan turun dari seat. Aku buka perlahan lahan box aku........












Lama dah tak merasa nangis dalam hujan.









10yang hensem juga cantik:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails