Pages

Tuesday, September 20, 2011

Rawak Mawak (2)

[DISCLAIMER]
Otak aku ada masa gerak pelahan. Bila laju sikit, penuhlah news feed orang dengan status status aku yang tah pape.

Tapi kekadang ia terlampau laju melebihi kelajuan basikal fixie, dan tidak tertampung oleh facebook. Tak mau la setiap seminit post status. Pernah jadi macam nih, tapi time tengok Syurga Cinta dulu. Otak laju, perasaan pun laju. Ye ah, tengok awek sendiri berlakon, sape tak teruja bai!

Ihiks.


Maka, itu lah guna nya blog. Semua benda humban satu tempat, apa nak tulis, jangan risau cukup space.

[DISCLAIMER HABIS]


1) 3 bulan menjadi penganggur, banyak ajar aku macam macam. Time student, ikat perut still ikat perut. Tapi tetengah malam member ajak ngeteh on jeeee. Rokok berkotak pun tadahal jeeee. Bila dah habis belajar, perasaan dia macam seekor anak kucing yang ditinggal di warung keseorang- eh, keseekoran, terpaksa menjalani latihan industri yang mana kalau tak dapat makan, jawabnya mati. Member ajak makan, pun pikir 17 kali, kut kut esok nye takde duit nak isi minyak motor. Time belajar macro dengan microeconomic, banyak sebut pasal opportunity cost. Dah habis belajar, barulah paham pe menatangnye opportunity cost ni. Amboih.

2) Period sewaktu penanaman anggur adalah period yang sangat challenging. Dah kene pikir nak bayar duit kereta, bayar balik loan dan bayar macam macam. Ubat gigi dah habis pun, boleh jadi serabut. Tanya orang dah keje, deme orang kate even ada gaji pun duit tak penah cukup. Errr....habis tu entah bila la teman nak mampu kawin kalo gini? Amboih.

3) Order roti telur dapat roti dengan telur. Apasal roti tisu takdak tisu kat dalam? Apasal? Apasal?

4) Gelak lah puas puas dengan kengkawan, nangislah semahunya kepada bantal di rumah. Sebab? Besar mana masalah pun kat rumah, asal balik je ade jadi macam macam, asal balik je mula lah nak robek hati, makanya kau mesti tahu peluang untuk nak gembira hanya tinggal dengan meluangkan masa dengan kengkawan. Jadi, make the best out of it. Hal kat rumah, tinggal kat rumah.

5) Mimpi paling tak best adalah mimpi kene re-sit paper Add Math. Cuak nak matiiiii.

6) Beringatlah kepada mereka yang ingin membuat medical check up. Sebelum sampai klinik, jangan gatal nak gi berak kencing. Dia mintak urine, nak kasi apeeee woiiiii. (Adaptasi dari kisah benar)

7) Ape khabar lah junior junior baru di UiTM Bandar Melaka ek? Pastinya pertambahan gadis bertudung selendang bermuka ala chinese semakin pesat di situ. Ah..........

8) Siapa tahu, dengan hanya sebiji telur, sebuah daging burger boleh jadi special dalam sekelip mata. Jadi, mari kita balut diri kita dengan telur goreng, pasti kita akan menjadi special juga. Mari!

9) Kombinasi seluar slack dengan seat motor di waktu tengah hari panas sebelum sembahyang Jumaat adalah kombinasi paling tidak seronok. Habis rentung punggung Korea ku di panggang dengan perlindungan yang sangat minima itu.

10) Dan alhamdulillah, akhirnya dapat juga kerja tetap setelah bergelandangan pergi interview sana sini. InshaAllah, aku tak akan cuba untuk mengomel dan mengomplen. Amin.

11) Aku nak tido. Kbai.


0yang hensem juga cantik:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails