Pages

Tuesday, February 09, 2010

laki x datang bulan, tapi datang hari

Pre Menstrual Syndrom.

sebelum setiap lelaki nak mengambil keputusan untuk berpacaran, PMS memang kena amik tahu dulu.
PMS adalah satu sebab kenapa perempuan banyak mengeluarkan kata-kata seperti " awak tak cube nak paham saye ke?" dan lelaki pule mengeluh "haih...perempuan...x penah aku tahu pe dalam kepale otak diorang.."

yang teruk, siap boleh clash.

sebagaimana yang kita tahu, PMS adalah tempoh dimana perempuan dah nk dekat ataupun mmg tgh "cuti" dan lelaki pulak terkial2 nk paham kenape die leh jadi grumpy secare tibe2. mule la lelaki nak menyalahkan perempuan. pastu gaduh bagai nak rak. kekadang leh naik bosan gak bile duk dgr member serumah terpekik ttgh malam "berdiskusi".. hehe.

tapi wahai arjuna arjuna di luar sana. bukan logik sekiranya kita asyik menyalahkan PMS sebagai punca pergaduhan. tau tak tau, kite pun ade PMS gak.

tukar 'P' jadi 'I', dan kita akan mendapat istilah baru berbunyi IMS : Irritable Male Syndrom. pe die nye mende alah ni?

IMS terjadi melalui ketidakseimbangan hormon lelaki, iaitu hormon testoterone. bile tak seimbang, judgement seorang lelaki itu akan menjadi tunggang terbalik secara sementara.

 nak seronok lagi? IMS dialami pada setiap hari, tak mengira waktu, tak mengira tempat, tak mengira siape kat depan tunggu siap kene sembur dan mcm2 lagi. ape yg berlainan adalah level ketidakseimbangan itu sendiri. kalau rendah, mungkin tak rase pape, kalau tinggi, tu yg kekadang rase nak mengamuk tak tentu hala. dipadankan pulak dengan awek yg tgh PMS, memang cantik. due2 bertekak sampai ke pagi.

salah satu punca stress bagi lelaki adalah IMS. senyap tak pasal2, melantun tak pasal2, menjerit tak pasal2, adalah perkara biasa bagi lelaki stress. lelaki ni kalau dah buat perangai, mengalahkan budak kecik. dan ya, aku bercakap melalui pengalaman aku sebagai lelaki sendiri. haha.

nak tau lagi lanjut, sile lawat link ni : http://www.enotalone.com/article/4840.html

"benci betul! gigit balang ni kang!"

jadi, bile dah terase macam nak melantun tu, dianjurkanlah gi amik air sembahyang ke ape ke. marah itu api, dan api dapat dipadamkan dengan air. kan? =)

2yang hensem juga cantik:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails