Pages

Tuesday, June 22, 2010

Epal

Masa tu tahun 2006. Rasanya aku baru semester ke - 3 diploma. Balik hujung minggu dari Perak, baru je letak beg kat rumah petang jumaat, dah dapat sms.

"movie at 10:30 pm. gsc ou"

Ringkas, padat dan jitu. Tanpa ada belas kasihan.

Kiterang berkumpul pukul 10. Macam biasa, gembel beli tiket. Movie Prestige tak silap aku. Yang cerita pasal magician tu. Malam Sabtu, memang boleh tahan panjang baris. Aku tengok, Prestige dah kelip kelip kuning dah. Hati memang tak sedap.

"weh seat depan betul depan je lah. tengok midnight nak? 12:30 am aku dah beli dah"

Sangat aku rasa nak jotos semua yang beratur tu. Tak tahu ke kiterang nak beli last minute? Sebok.

Jadi, kena lah menapak kat OU tu tanpa ada hala tuju. 10:45 pm, banyak kedai dah tutup. Lengang habis dah. Dapat gak kiterang main aisenwater 2 3 round. Basah gak la ketiak. Lepas tu, memasing lapar.

Aku dan seorang kawan aku yang putih melepak bernama Arshad, dikerah membeli sepotong dua burger di Mekdi. Dah tu je yang bukak. Yang lain terbongkang kat parking lot.

Sesambil beratur di Mekdi, aku ngan Arshad rajin mengusha line line sebelah. Ramai juga yang beratur malam tu. Di antaranya, ada couple budak sekolah, suami isteri dan macam macam lagi. Oh selingan. Aku dan Arshad, kami spesies jejaka hensem yang hot. Hot sangat sampai takda sapa berani dekat.

Tu yang manjang single tu. Tu yang manjang liar mata mengusha sana sini.

Dalam selang 4 org nak sampai ke kaunter, kami terpandang gadis kaunter beruniform Mekdi bertudung putih. Comel. Genit. Ceria. Aku dah Arshad tak jadi nak usha line sebelah. Kami terus beratur lurus maju ke hadapan.

Senyum dia... Semanis Mc Flurry.
Lenggok dia.....Meliang lentuk macam sundae.
Raut wajah.....Sebulat McMuffin.

Serba serbi comel. Sampai turn kiterang dua kat kaunter, dia tanya.

"makan sini atau take away?" sambil menguntum senyuman
Aku nak jawab "makan kat sini" sambil jari tunjuk hati. Tapi aku bukan kasanova.
Arshad pulak, dia tengah ternganga, biji mata terbeliak.
"ehmm makan sini atau take away..??"
Cepat aku jawab take away. Arshad masih lagi ternganga. Tak berkelip biji mata.

Sempat aku kerling nama dia kat tag.

-EPAL-

Biar betul nama epal? Tapi, kena juga dengan personaliti. Cute gituuu.

Lepas dah order, aku jalan lah balik ngan Arshad. Kiterang open topik pasal minah tu. Sambil mulut kunyah fries.

"tak kelip mata kau. memang tak cover punya usha. haha" ujar aku.
"kau perasan tak nama dia kat nametag?"
"perasan. epal kan? comel sehhhh"
"tahu takpe. aku tadi bayang kalau aku order next time, aku nak order gini"
"camne?"
"hai..em, hari ni saya nak...EPAL pai lah. tak pun..EPAL salut sundae. oh, kat sini ada EPAL lapik roti burger kan?" jelas Arshad
"oh.............."
"emm.............." sambil beliau senyum sinis. Senyum jalang.



Uhhhh. Banyak lagi menu berasaskan epal. Uhhh....

0yang hensem juga cantik:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails