Sunday, June 20, 2010

Trauma

Suasana tatkala itu agak hening. Cengkerik berkelipan, dan kucing kucing berkejar kejaran manja di sekeliling blok dengan aksi aksi tarik tarik tali. Malam ini, angin sepoi sepoi bahasa. Hari minggu di UiTM Kampus Seri Iskandar, memang kosong, tapi indah.

"woororooohhggh. aku....aku peduli apa hharhglahaghalrhhh..."

Ah. Dah mula dah. Aku benci betul lah.

Rumet aku pada masa itu, memang unik. Asal jam dah tunjuk pukul 11 malam, dia dah siap buka baju londeh seluar besar seluar kecik dan pakai pelikat lepas tu tidur. Tepat setengah jam tidor, mula meracau. Kuat ngigau punya jantan. Tapi takut hantu macam pondan.

Mintak no ekor? Dah banyak kali. No telefon bakal isteri aku pun dia pernah sebut.

Tapi aku rasakan, malam tu agak berlainan sedikit. Entah. Hati aku tak sedap. Selalu bila dia ngigau, aku buat tak peduli. Tapi, sesuatu membuatkan aku terdetik. Firasat aku, naluri aku, macam ingin menoleh ke katil tempat beliau tidur. Angin di luar pun sudah berhenti. Kucing yang tadi sibuk bermanja, pun senyap entah kemana.

Suasana senyap. Sepi. Yang kedengaran hanyalah dengkuran huduh dari beliau.

Lalu, aku menoleh.





Aku......aku menyesal. Hampir 2 hari aku trauma. Pergi kelas, asyik terbayang buah salak.

Buah salak, di balut kain pelikat.

13yang hensem juga cantik:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails