Pages

Sunday, January 09, 2011

Dialog

Kata wanita freehair:
"I senang macam ni. Kalau bertudung, rasa kena kongkong. Rambut pun rosak kalau terperap je. U oll tak tau ke rambut pun perlu cahaya matahari. Ingat daun je ke yang ade proses fotosintesis? Rambut pun kene tau. Tengok rambut i. Berkilat. Lurus. Cantik. I jage elok elok. Treatment kene selalu. Salon pun i tak main masuk je. Kene yang betul professional baru i nak tunjuk senyum. Tiap kali keluar rumah dating, boyfriend i kene tunggu kejap. Sebab i nak sapu moisturiser kat rambut ni haaa. Tak nak la kering kan. Lagi satu, i selalu up to date dengan latest trend. Kalau trend latest buat ropol ropol kat rambut, i buat ropol ropol. Kalau yang latest potong macam ombak jahat, i potong macam ombak jahat. Tak nak la ketinggalan zaman okay? Duit? Kalau untuk kecantikan, ape salahnye..."

Kata wanita bertudung:
"Saya senang macam ni. Kalau tak bertudung, tak bebas. Banyak duit habis tang treatment. Itu ini nak kene beli. Jangan ingat yang tak bertudung ni sahaja yang boleh berfesyen, kami tak boleh. Kita sama sama wanita. Kita sama sama punya citarasa. Yang bertudung pun saya tengok banyak yang mula mengorak langkah, mencipta satu ombak yang baru dalam dunia fesyen. Masing masing mula menonjol dengan kelainan dan keunikan. Saya pun semakin bersemangat. Saya suka tengok diorang. Semua stail. Saya simpan duit hari hari, just nak beli baju dan seluar yang diorang pakai. Boyfriend saya kata saya pelik, tak penah ditengoknye baju seluar gini. Die kekadang merungut, sebab mahal jugak saya beli baju seluar ni. Tudung pun sama, saya suka betul sekarang ni. Hari hari ada tudung stail baru. Ade ribon, saya beli ribon. Ada sanggul, saya buat sanggul. Ada loceng, saya curi loceng pakcik jual aiskrim. Tak nak la ketinggalan zaman kan? Saya pun nak jugak reka stail sendiri. Mana tau boleh lepak sekali dengan diorang yang stailo. Skang ni tak boleh lagi, masih lagi tak cukup stail. Dan tak cukup konfiden. Duit? Kalau untuk fashion, ape salahnye...."

Kata lelaki jalang:
"Mane mane pun tak kesah. Dua dua aku suka. Sebab baju tu still ketat lagi. Seluar pun mostly skinny. Baik yang bertudung mahupun tak. Sedap mata memandang....."

Apa kata Tuhan?
“Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: “Hendaklah mereka mengenakan (dan melabuhkan) jilbabnya (pakaian) ke seluruh tubuh mereka”. Dengan demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenali, dan dengan itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah al-ahzaab, 33: 59)












duduk, minum kopi, renung.

22yang hensem juga cantik:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails