- Jus menulis entri aku dah kering. Terima kasih kepada thesis dan journal journal yang perlu di baca. Tak lupa kepada kerja kerja menimbun di ofis.
- Aku dah berjaya melamar awek yang aku tunggu dari dulu. Kreativiti aku akan beralih lebih sedikit kepada awek itu, dan kurang kepada blog. Maaf, otak aku tidak lah begitu besar kapasiti nya.
- Pulang semula ke kampus setelah beberapa lama, aku sangat terkejut. Sangat ramai freshies baru yang comel dan bertudung selendang. Geram. Cantik. Comel. Ayu. *gigit burger special tepi kampus*
- Heliza curang. Aku tak tau kenapa dia lagi prefer Hafiz Hamidon dari aku.
- Aku terbangun satu hari. Tak tau kenapa aku.............ah aku tak tau nak tulis apa. Abaikan perkara no 5 ini.
- *korek hidung kejap*
- Maaf aku tak reply comment. Truth is, di sebabkan aku buat jadi thread punya style, dia jadi leceh sikit nak reply comment. Kalau korang nak lebih interaksi, sila add aku di FB, sebab kat situ aku rajin lagi berborak kencang.
- NAK KAHWIN! T_T
- Thesis aku sangat menyerabutkan otak, yang mana kalau aku cuba menulis entri, aku akan jadi sangat serius. Kita tak boleh terlalu serius. Perlu serius hanya ketika kau berak (ayat Obe). Tapi aku perasan aku selalu serius lately ni. Stress mungkin. Ataupun aku sepanjang masa berak tapi tak perasan?
- Aku akan berehat dari menulis. Semester ini semester terakhir, dan aku perlu focus. Thesis. Kerja. Duit. Cari calon. Penting wehhh. Oh dan jangan tunggu video seterusnya sebab memang tak kan ada. Aku bukanlah orang yang mencapub. Walaupun muka tampak Erry Putra. Cheewahhhh! Doa kan aku dapat apa yang aku hajat! Chow!
Oh .Terima kasih kat orang yang comment entri entri sebelum ni tapi aku tak reply. Maaf. Nah cucur udang sorang satu. Nganga nganga! Aaaaaaaaa~ (masuk mulut aku)
14yang hensem juga cantik:
Post a Comment
Datang sini korek hidung! "This is my story".
-q-
tp aku prefer no 6..thx
bukan berani. tapi jujur. sape yg tak nak kawin kan??
kahwin itu indah.......dan mahal
tak yah tunggu awek, dah memang habis dah pun
ini satu tekanan
tolong aku korekkan?
senang buat rawak. espesiali time tengah malas menulis.
betul!
Post a Comment