Monday, February 07, 2011

Puitis Gampang

Benda boleh tunggu. Nanti boleh pikir.
Ade rezeki , nanti dia datang.

Perabot orang kate kalau makin lama makin antik.
Macam tu gak orang kate kat aku.
Tiap kali kalau aku cube nak berbual bantal. 
Tapi aku bukan la perabot.
Tak terkejut ke mak aku kalau aku lahir lahir, dah ada tag Ikea kat tali pusat?

Kau gile?

Yang jelas, aku bukan perabot.
Tunggu masa nak di beli.

Aku bukan perigi.
Jerit jerit nak carik timba.

Kau nampak aku tenang.
Kau nampak aku cuba tak minum milo untuk jadi lebih matang.
Kau nampak aku tak amik pot bila orang lain duk sibuk bercinta jiwang.
Tapi..
Kau tak tau aku layan lagu Cinta Di Akhir Garisan tiap tiap malam.
Kau tak tau aku cepat cair tengok perempuan ada eye bag bawah mata.
Kau tak tau aku lemah tengok perempuan spek tebal.
Kau tak tau.


Ah. Aku selalu cakap lelaki tak perlu jiwang.
Ah. Aku selalu bicara dengan gaya matang.


Tapi aku pun tiap tiap malam berasap tengok bintang larut malam.
Sambil layan lagu meleleh Slam, dengan gambar Heliza di laptop sebagai latar belakang.


Pedulik lah. Aku sabar je lah sekarang. Benda boleh tunggu. Nanti boleh pikir.
Ade rezeki, nanti dia datang.




Sap kok dulu sebatang. Esok cuba lagi minum milo makin kurang.

6yang hensem juga cantik:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails